Posts

Showing posts from 2019

Hiking Bukit Jernih, Perlis Malaysia

Image
Pada hujung cuti semester 5 lalu, saya dan rakan-rakan sekolah menengah telah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Jernih, Perlis Malaysia. Seramai 17 peserta kesemuanya terdiri daripada rakan-rakan dan juga senior. Aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhwah kami yang sekian lama berpisah selepas tamat sekolah pada tahun 2013 yang lalu. Walaupun tidak semua yang dapat sertai tetapi untuk aktiviti yang lasak seperti mendaki bukit ini merupakan jumlah yang sudah cukup memuaskan. Bukit Jernih ini berketinggian 200 meter dari paras laut yang terletak di utara negeri Perlis serta dibawahnya terdapat tempat rekreasi untuk bermandi manda bersama keluarga pada hujung minggu. Pendakian kami bermula pada pukul 8 pagi dan tiba di puncak bukit sekitar pukul 9:30 pagi.  Alhamdulillah semua selamat tiba di atas bukit dan semua juga selamat turun ke bawah. Saat berada di puncak kami dapat merasai suasana angin sejuk yang mengenai tubuh kami semasa berada di pu...

Hari Raya

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah pada syawal 1440 hijrah merupakan syawal yang lain dari yang lain dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami iaitu Eryna Sofia yang merupakan anak sulung kakak sulung saya yang telah berkahwin pada april tahun lepas. Pagi syawal tersebut dimulakan dengan mandi sunat aidilfitri dan bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri. Khutbah pada hari tersebut adalah Aidilfitri penanda arus kearah kebaikan menjadi isi khutbah pada hari tersebut. Selesai sahaja solat, kami sekeluarga terus menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Disiramkan air ke atas pusara dan bacaan al fatihah. Kelihatan ramai orang di tanah perkuburan pada awal pagi tersebut merebut pahala sunat menziarahi pusara pada hari raya. Sesi pagi dihabiskan dengan menziarahi sanak saudara sebelah arwah ayah yang bertempat di Bukit Manik , Perlis manakala belah petang pula kami menghabiskan masa menziarahi keluarga sebel...

Throwback The Rift

Image
Pada awal semester 6 yang lalu subjek Virtual Reality telah mengadakan 1 lawatan sambil belajar ke Taman tema The Rift bertempat di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Saya dan kawan-kawan saya sempat untuk merasai pengalaman baru iaitu dengan bermain permainan di luar daripada dunia realiti iaitu permainan  dalam dunia khayalan. Terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan untuk para pengunjung. lebih daripada 10 jenis permainan virtual realiti yang terdapat di tempat tersebut. Kami disediakan kupon berjumlah 7 point. Setiap permainan tersebut memerlukan 1 atau 2 point untuk membolehkan kami bermain. Kecuali permainan yang bernama 'zero latency' yang perlukan bayaran yang asing dengan permainan yang lain berjumlah rm90 sekali main. Pengalaman yang paling menyeronokkan bagi saya adalah ketika bermain Hurricane. Pusingan 360° membuatkan permainan tersebut menjadi pilihan kerana ia adalah platform 4D yang membolehkan peserta mengalami situasi sebenar sep...

Little Paw

Image
Pada hari ke 21 ramadhan 1440 hijrah bersamaan dengan 26 Mei 2019, saat saya selesai solat zohor di surau, dalam perjalanan pulang ke kolej saya mendapat terdapat sesuatu yang aneh, yang seakan berbulu-bulu mengikuti rapat ke arah kaki saya dan apabila saya melihat kebawah rupanya terdapat seekor anak kucing yang berusia lebih kurang 6-7 minggu bewarna hitam mengikuti saya sehingga ke dalam rumah. Si kecil itu bising sehingga 1 rumah dapat dengar bunyi 'meow' dari mulut si kecil tu.. pada mulanya saya tertanya-tanya bagaimana seekor kucing yang kecil ni boleh naik ke tingkat 2 padahal kucing seusia ini masih lagi dalam pelukan si ibu dibelai dan dijilat bulu pada seluruh badannya. Kasihan pun ada kerana sudah  2-3 kali saya ternampak dia berkeliaran keseorangan di bawah blok meminta tagih simpati manusia, mungkin kerana ingin dibelai mahupun kerana kelaparan. Bayangkanlah dengan tubuh yang kecil tidak ada tempat bergantung perlu berdikari mencari makanan sendiri manakala...

Hiking with My Besfriends

Image
HIKING Pada hari yang bertarikh 7 April bersamaan cuti pertengahan semester yang lalu, saya dan rakan sekolah telah pergi mendaki Bukit Chabang yang terletak di negeri utara tanah air iaitu Perlis. Ketinggian bukit tersebut adalah 300 meter dari paras laut dan terletak berhampiran empangan Timah Tasoh iaitu empangan air utama di negeri Perlis. Pendakian disertai seramai 12 orang beserta 2 penunjuk arah. Kami memulakan pendakian pada jam 8 pagi dan tiba di puncak pada jam 10:30 pagi. Pendakian tersebut telah mengambil masa selama 2 jam dan 2 kali rehat selama 15 minit. Pada awal pendakian amat menarik kerana ditemani angin pagi yang sejuk dan embun yang membasahi wajah kami. Keseronokan bermula apabila memasuki kawasan yang ditumbuhi pokok2 renek dan didiami unggas-unggas kecil yang berkeliaran. Tidak ketinggalan juga penampakan burung helang yang berlegar-legar di ruang udara, kemungkinan mencari mangsa untul santapan pada hari tersebut. Tibanya di puncak, kami bersara...

Aku Kembali

Setelah hampir 2 tahun aku menyepikan diri daripada dunia blogger, maka pada kali ini aku kembali dengan membawa artikel-artikel yang lebih menarik dan segar untuk dikongsikan kepada anda semua. Nantikan!