Little Paw

Pada hari ke 21 ramadhan 1440 hijrah bersamaan dengan 26 Mei 2019, saat saya selesai solat zohor di surau, dalam perjalanan pulang ke kolej saya mendapat terdapat sesuatu yang aneh, yang seakan berbulu-bulu mengikuti rapat ke arah kaki saya dan apabila saya melihat kebawah rupanya terdapat seekor anak kucing yang berusia lebih kurang 6-7 minggu bewarna hitam mengikuti saya sehingga ke dalam rumah.


Si kecil itu bising sehingga 1 rumah dapat dengar bunyi 'meow' dari mulut si kecil tu.. pada mulanya saya tertanya-tanya bagaimana seekor kucing yang kecil ni boleh naik ke tingkat 2 padahal kucing seusia ini masih lagi dalam pelukan si ibu dibelai dan dijilat bulu pada seluruh badannya. Kasihan pun ada kerana sudah  2-3 kali saya ternampak dia berkeliaran keseorangan di bawah blok meminta tagih simpati manusia, mungkin kerana ingin dibelai mahupun kerana kelaparan. Bayangkanlah dengan tubuh yang kecil tidak ada tempat bergantung perlu berdikari mencari makanan sendiri manakala kucing2 yang seusia dengannya masih sedap menyusu badan dengan ibu masing-masing. sayu saya melihat keadaannya yang comot dan kurus..




Berbalik pada situasi di dalam rumah, si kecil ni terus membuatbbunyi bising sehingga suatu masa dia datang gigit ibu jari kaki kanan saya, barulah saya dapat tahu yang si kecil ini dalam keadaan lapar dan dahaga maka saya bersiap-siap bergegas untuk membelikan makanan untuk si kecil ini. Saya terlebih dahulu memberikan si kecil ini air minum untuk hilangkan rasa penat dan dahaga dia setelah berkeliaran di sekitar blok.


Benarlah dalam rezeki kita ada rezeki makhluk lain. Pada hari tersebut merupakan rezeki buat si kecil terbabit kerana menemui saya dalam perjalanan pulang ke rumah dan saya juga merupakan seorang yang mencintai haiwan kesayangan nabi ini, tanpa banyak bicara saya terus membelikan makanan kucing untuk si kecil ini dengan harapan si kecil ni membesar dengan sihat dan baik. Mudah mudahan ada doa dari si kecil tersebut untuk diri saya kerana si kecil lebih mulia berbanding diri saya yang berdosa ini..


Semoga Allah melindungi si kecil tersebut.


Comments

Popular posts from this blog

Hiking Bukit Jernih, Perlis Malaysia

Throwback The Rift

Hiking with My Besfriends