Hiking Bukit Jernih, Perlis Malaysia
Pada hujung cuti semester 5 lalu, saya dan rakan-rakan sekolah menengah telah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Jernih, Perlis Malaysia.
Seramai 17 peserta kesemuanya terdiri daripada rakan-rakan dan juga senior. Aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhwah kami yang sekian lama berpisah selepas tamat sekolah pada tahun 2013 yang lalu. Walaupun tidak semua yang dapat sertai tetapi untuk aktiviti yang lasak seperti mendaki bukit ini merupakan jumlah yang sudah cukup memuaskan.
Bukit Jernih ini berketinggian 200 meter dari paras laut yang terletak di utara negeri Perlis serta dibawahnya terdapat tempat rekreasi untuk bermandi manda bersama keluarga pada hujung minggu.
Pendakian kami bermula pada pukul 8 pagi dan tiba di puncak bukit sekitar pukul 9:30 pagi.
Alhamdulillah semua selamat tiba di atas bukit dan semua juga selamat turun ke bawah. Saat berada di puncak kami dapat merasai suasana angin sejuk yang mengenai tubuh kami semasa berada di puncak. Suasana pemandangan yang cukup cantik kerana dikelilingi sawah padi yang menghijau pada masa itu.
In shaa Allah pada masa akan datang saya akan berkunjung lagi bersama rakan-rakan yang lain. Hidup cergas minda cerdas :)
Comments
Post a Comment