Throwback The Rift
Pada awal semester 6 yang lalu subjek Virtual Reality telah mengadakan 1 lawatan sambil belajar ke Taman tema The Rift bertempat di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur.
Saya dan kawan-kawan saya sempat untuk merasai pengalaman baru iaitu dengan bermain permainan di luar daripada dunia realiti iaitu permainan dalam dunia khayalan.
Terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan untuk para pengunjung. lebih daripada 10 jenis permainan virtual realiti yang terdapat di tempat tersebut. Kami disediakan kupon berjumlah 7 point. Setiap permainan tersebut memerlukan 1 atau 2 point untuk membolehkan kami bermain. Kecuali permainan yang bernama 'zero latency' yang perlukan bayaran yang asing dengan permainan yang lain berjumlah rm90 sekali main.
Pengalaman yang paling menyeronokkan bagi saya adalah ketika bermain Hurricane. Pusingan 360° membuatkan permainan tersebut menjadi pilihan kerana ia adalah platform 4D yang membolehkan peserta mengalami situasi sebenar seperti mana yang dilihat di dalam vr.
Sememangnya ia adalah pengalaman yang cukup menyeronokkan
Comments
Post a Comment