Hari Raya
Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah pada syawal 1440 hijrah merupakan syawal yang lain dari yang lain dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami iaitu Eryna Sofia yang merupakan anak sulung kakak sulung saya yang telah berkahwin pada april tahun lepas.
Pagi syawal tersebut dimulakan dengan mandi sunat aidilfitri dan bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri. Khutbah pada hari tersebut adalah Aidilfitri penanda arus kearah kebaikan menjadi isi khutbah pada hari tersebut.
Selesai sahaja solat, kami sekeluarga terus menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Disiramkan air ke atas pusara dan bacaan al fatihah. Kelihatan ramai orang di tanah perkuburan pada awal pagi tersebut merebut pahala sunat menziarahi pusara pada hari raya.
Sesi pagi dihabiskan dengan menziarahi sanak saudara sebelah arwah ayah yang bertempat di Bukit Manik , Perlis manakala belah petang pula kami menghabiskan masa menziarahi keluarga sebelah emak pula.
Sememangnya pada satu syawal keluarga kami akan menghabiskan 1 hari tersebut dengan beraya dengan sanak saudara kemudian pada hari raya kedua barulah keluar beraya bersama rakan-rakan dan kenalan rapat. Penat memanglah penat tetapi dengan adanya si Eryna Sofia semua penat tersebut hilang.
Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin.
Comments
Post a Comment