Hiking with My Besfriends

HIKING
Pada hari yang bertarikh 7 April bersamaan cuti pertengahan semester yang lalu, saya dan rakan sekolah telah pergi mendaki Bukit Chabang yang terletak di negeri utara tanah air iaitu Perlis.
Ketinggian bukit tersebut adalah 300 meter dari paras laut dan terletak berhampiran empangan Timah Tasoh iaitu empangan air utama di negeri Perlis.

Pendakian disertai seramai 12 orang beserta 2 penunjuk arah. Kami memulakan pendakian pada jam 8 pagi dan tiba di puncak pada jam 10:30 pagi. Pendakian tersebut telah mengambil masa selama 2 jam dan 2 kali rehat selama 15 minit.

Pada awal pendakian amat menarik kerana ditemani angin pagi yang sejuk dan embun yang membasahi wajah kami. Keseronokan bermula apabila memasuki kawasan yang ditumbuhi pokok2 renek dan didiami unggas-unggas kecil yang berkeliaran. Tidak ketinggalan juga penampakan burung helang yang berlegar-legar di ruang udara, kemungkinan mencari mangsa untul santapan pada hari tersebut.

Tibanya di puncak, kami bersarapan dengan biskut2 beserta air kosong yang kami bawa sebagai bekal. setibanya di puncak kami mengambil gambar sebagai kenang kenangan dan bukti bahawa kami telah berjaya mendaki hingga ke puncak Bukit Chabang. Kami meluangkan masa di puncak hampir 40 minit.

Tibanya saat untuk turun, pada masa itulah cabaran dan dugaan mula mendatang. Masalah pertama yamg kami hadapi ialah salah seorang daripada kawan kami telah kehilangan telefon pada saat menuruni bukit tersebut. Kami telah cuba untuk mencari namun gagal menjumpainya. Kemudian nasib saya sedikit malang topi yang dipakai saya telahpun ditiup angin semasa menuruni bukit. Angin yang kuat telah menerbangkan topi saya jauh dari saya kerana ia tersangkut pada rantimg pokok yang jauh dari kami dan amat berisiko untuk saya ambil. Maka saya membiarkan topi tersebut menghuni di situ.

Jam menunjukkan jam 11:30 pagi. Air bekalan kami sudah pun kehabisan dengan cuaca yang panas terik serta suhu yang 35°c membuatkan kami penat dan keletihan untuk meneruskan perjalanan menuruni bukit namun dengan berkat kesungguhan dan kesabaran, kami berjaya tiba di bawah pada jam 1:30 tengah hari. Keadaan suhu yang begitu panas membuatkan kami benar2 bersyukur kerana berjaya sampai ke bawah dengan selamat.




Alhamdulillah, ia pengalaman yang sungguh menyeronokkan bagi mengisi masa yang terluang bagi mereka yang meminati aktiviti lasak.

Comments

Popular posts from this blog

Hiking Bukit Jernih, Perlis Malaysia

Throwback The Rift