Posts

Showing posts from June, 2019

Hiking Bukit Jernih, Perlis Malaysia

Image
Pada hujung cuti semester 5 lalu, saya dan rakan-rakan sekolah menengah telah mengadakan aktiviti mendaki Bukit Jernih, Perlis Malaysia. Seramai 17 peserta kesemuanya terdiri daripada rakan-rakan dan juga senior. Aktiviti ini juga bertujuan untuk merapatkan ukhwah kami yang sekian lama berpisah selepas tamat sekolah pada tahun 2013 yang lalu. Walaupun tidak semua yang dapat sertai tetapi untuk aktiviti yang lasak seperti mendaki bukit ini merupakan jumlah yang sudah cukup memuaskan. Bukit Jernih ini berketinggian 200 meter dari paras laut yang terletak di utara negeri Perlis serta dibawahnya terdapat tempat rekreasi untuk bermandi manda bersama keluarga pada hujung minggu. Pendakian kami bermula pada pukul 8 pagi dan tiba di puncak bukit sekitar pukul 9:30 pagi.  Alhamdulillah semua selamat tiba di atas bukit dan semua juga selamat turun ke bawah. Saat berada di puncak kami dapat merasai suasana angin sejuk yang mengenai tubuh kami semasa berada di pu...

Hari Raya

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera, alhamdulillah pada syawal 1440 hijrah merupakan syawal yang lain dari yang lain dengan kehadiran orang baru dalam keluarga kami iaitu Eryna Sofia yang merupakan anak sulung kakak sulung saya yang telah berkahwin pada april tahun lepas. Pagi syawal tersebut dimulakan dengan mandi sunat aidilfitri dan bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan solat sunat aidilfitri. Khutbah pada hari tersebut adalah Aidilfitri penanda arus kearah kebaikan menjadi isi khutbah pada hari tersebut. Selesai sahaja solat, kami sekeluarga terus menziarahi pusara ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Disiramkan air ke atas pusara dan bacaan al fatihah. Kelihatan ramai orang di tanah perkuburan pada awal pagi tersebut merebut pahala sunat menziarahi pusara pada hari raya. Sesi pagi dihabiskan dengan menziarahi sanak saudara sebelah arwah ayah yang bertempat di Bukit Manik , Perlis manakala belah petang pula kami menghabiskan masa menziarahi keluarga sebel...

Throwback The Rift

Image
Pada awal semester 6 yang lalu subjek Virtual Reality telah mengadakan 1 lawatan sambil belajar ke Taman tema The Rift bertempat di Mid Valley Megamall Kuala Lumpur. Saya dan kawan-kawan saya sempat untuk merasai pengalaman baru iaitu dengan bermain permainan di luar daripada dunia realiti iaitu permainan  dalam dunia khayalan. Terdapat pelbagai jenis permainan yang disediakan untuk para pengunjung. lebih daripada 10 jenis permainan virtual realiti yang terdapat di tempat tersebut. Kami disediakan kupon berjumlah 7 point. Setiap permainan tersebut memerlukan 1 atau 2 point untuk membolehkan kami bermain. Kecuali permainan yang bernama 'zero latency' yang perlukan bayaran yang asing dengan permainan yang lain berjumlah rm90 sekali main. Pengalaman yang paling menyeronokkan bagi saya adalah ketika bermain Hurricane. Pusingan 360° membuatkan permainan tersebut menjadi pilihan kerana ia adalah platform 4D yang membolehkan peserta mengalami situasi sebenar sep...