Little Paw

Pada hari ke 21 ramadhan 1440 hijrah bersamaan dengan 26 Mei 2019, saat saya selesai solat zohor di surau, dalam perjalanan pulang ke kolej saya mendapat terdapat sesuatu yang aneh, yang seakan berbulu-bulu mengikuti rapat ke arah kaki saya dan apabila saya melihat kebawah rupanya terdapat seekor anak kucing yang berusia lebih kurang 6-7 minggu bewarna hitam mengikuti saya sehingga ke dalam rumah. Si kecil itu bising sehingga 1 rumah dapat dengar bunyi 'meow' dari mulut si kecil tu.. pada mulanya saya tertanya-tanya bagaimana seekor kucing yang kecil ni boleh naik ke tingkat 2 padahal kucing seusia ini masih lagi dalam pelukan si ibu dibelai dan dijilat bulu pada seluruh badannya. Kasihan pun ada kerana sudah 2-3 kali saya ternampak dia berkeliaran keseorangan di bawah blok meminta tagih simpati manusia, mungkin kerana ingin dibelai mahupun kerana kelaparan. Bayangkanlah dengan tubuh yang kecil tidak ada tempat bergantung perlu berdikari mencari makanan sendiri manakala...